KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia menyiasat pembabitan sindiket dadah cuba menyeludup 1.16 tan ketamin menggunakan kapal tangki ke republik itu.
Kapal tangki menggunakan bendera Mongolia dinamakan MT Global 168 itu dikenal pasti pihak berkuasa Indonesia milik syarikat dipercayai berpangkalan di Johor.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan yang dihubungi tadi, mengesahkan pihaknya dimaklumkan berhubung rampasan dadah itu oleh Kepolisian Negara Republik Indonesia (Polri).
Menurutnya, kapal sepanjang 57 meter berkenaan dipintas dan ditahan di perairan Tanjung Balai Asahan, Sumatera Utara, Indonesia, Selasa lalu.









