Bukit Mertajam: Empat kanak-kanak Myanmar direman empat hari bagi membantu siasatan kes ugutan jenayah terhadap seorang wanita warga emas di Taman Sri Rambai, di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Nik Aminuddin Raja Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan daripada mangsa yang berusia 71 tahun semalam berhubung kejadian ugutan yang didakwa berlaku di hadapan rumahnya.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 6 petang 22 Oktober lalu apabila mangsa menegur sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain di taman permainan berhampiran kediamannya kerana menimbulkan bunyi bising.

"Bagaimanapun, teguran itu tidak diendahkan sebelum pengadu mendakwa kumpulan itu bertindak membaling batu dan melontarkan batang besi ke arahnya, namun objek berkenaan tidak mengenainya.