PUTRAJAYA – Negeri-negeri dalam gabungan SG4 wajar memberi perhatian terhadap isu bekalan air, khususnya di Kedah dan Kelantan, bagi memastikan agenda pembangunan ekonomi serta sasaran pertumbuhan jangka panjang dapat direalisasikan.Tegas Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir, kekangan infrastruktur asas seperti bekalan air bersih boleh menjejaskan usaha membangunkan ekonomi tempatan dan menarik lebih banyak pelaburan ke negeri berkenaan.Menurutnya, perkara itu membimbangkan ketika Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis meletakkan sasaran pertumbuhan ekonomi sehingga tujuh peratus setahun menjelang 2050."Sebab itu saya beriya-iya bimbang tentang isu bekalan air di Kedah yang mencatatkan rizab margin kosong peratus. Begitu juga dengan masalah bekalan air di Kelantan."Bagaimana untuk membangunkan ekonomi tempatan dan menarik pelaburan dengan lebih rancak tanpa kemudahan infra asas seperti ini?" katanya menerusi kenyataan pada Selasa.Beliau berkata demikian ketika mengulas sasaran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berjumlah RM723.75 bilion bagi gabungan empat negeri itu menjelang 2050, seperti diketengahkan dalam SG4 Business & Economic Forum 2026 baru- baru ini.Ujarnya, usaha mencapai sasaran ekonomi yang besar memerlukan perancangan berdaya maju, peningkatan produktiviti serta pelaksanaan projek dan pelaburan yang berkesan."Saya tidak mahu memberikan komen terhadap sasaran pertumbuhan yang diletakkan, tetapi kita perlu semak usaha Kerajaan Persekutuan yang sewajarnya diketengahkan dalam perbincangan untuk membangunkan wilayah-wilayah ini," jelas beliau.Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu berkata, Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM7.70 bilion bagi perbelanjaan pembangunan untuk empat negeri berkenaan pada 2025, berbanding gabungan anggaran belanjawan pembangunan negeri sekitar RM1.13 bilion.Menurutnya, komitmen pembangunan itu diteruskan menerusi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) 2026-2030 apabila sebanyak 1,487 projek pembangunan diluluskan bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dengan kos keseluruhan RM71.52 bilion.Beliau berkata, peruntukan siling pembangunan bagi negeri-negeri itu di bawah Rolling Plan Kedua (RP2) 2027 turut meningkat kepada RM8.11 bilion berbanding RM7.98 bilion di bawah Rolling Plan Pertama (RP1) 2026."Peningkatan sebanyak RM130 juta atau 1.6 peratus itu mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Persekutuan untuk menyokong pelaksanaan projek pembangunan, termasuk dalam memperkukuh infrastruktur dan kemudahan asas," katanya.Antara projek strategik yang menyokong pembangunan wilayah berkenaan ialah Kedah Rubber City, Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Tok Bali Industrial Park, Kertih Biopolymer Park, Perlis Inland Port dan Chuping Valley Industrial Area.Dari sudut pelaburan pula, Akmal berkata, data Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) bagi 2025 menunjukkan empat negeri itu merekodkan RM37.23 bilion pelaburan diluluskan dengan potensi mewujudkan 18,319 peluang pekerjaan.Bagaimanapu
SG4 wajar beri perhatian isu bekalan air - Akmal Nasrullah

Key takeaways
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah menekankan pentingnya isu bekalan air di Kedah dan Kelantan untuk memastikan pembangunan ekonomi SG4.
- Kekangan bekalan air boleh mengganggu pembangunan ekonomi dan pelaburan di Kedah dan Kelantan.
- SG4 perlu memastikan infrastruktur asas seperti bekalan air diperbaiki untuk mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi.
- Akmal menyeru perbincangan lanjut tentang usaha kerajaan untuk membangunkan wilayah-wilayah SG4.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Akmal beri bayangan tinggalkan DUN Merlimau pada PRN Melaka
- Harian Metro Dua gol Sosa beri Selangor bekalan tipis
- Sinar Harian SG4 wajar beri perhatian isu bekalan air - Akmal Nasrullah (this story)








