KUALA LUMPUR: Impact Capital Holdings Bhd (Impact Capital) menyasarkan untuk meraih RM21.27 juta menerusi tawaran awam permulaan (IPO) bagi membiayai pengembangan operasi dan memperkukuh keupayaan teknologi, termasuk kecerdasan buatan (AI) serta penyelesaian 'digital twin'.
Syarikat penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) itu turut memiliki baki kontrak bernilai hampir RM169 juta, selain nilai tender projek yang sedang dibida menghampiri RM330 juta.
Pengarah Urusannya, Winston Chai Fung Chun, berkata syarikat akan terus membida projek baharu bagi menambah baki kontrak sedia ada, dengan kira-kira 60 peratus pelanggan secara sejarah terdiri daripada sektor kerajaan dan 40 peratus sektor swasta.









