SUNGAI PETANI: Lelaki terjatuh dalam sungai di Kampung Padang Sekawan, Bukit Selambau, di sini Ahad lalu ditemui lemas, hari ini.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah dalam kenyataannya memaklumkan mayat Mohamad Solihim Mohd Noor, 38, ditemui jam 8.49 pagi selepas menerima maklumat orang awam berhubung penemuan mayat lelaki berkenaan.
Mayat ditemui terapung berhampiran Klinik Kesihatan Kampung Belida, kira-kira enam kilometer (km) dari Pos Kawalan Bomba Lesung.
"Susulan itu, enam anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Petani bergerak ke lokasi dengan menaiki bot sebaik mayat itu ditemui.









