KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di hadapan sebuah gerai makanan di kawasan Flat Sri Melaka, Jalan Ikan Emas, di sini pada Ahad.Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Rosdi Daud, berkata pihaknya menerima laporan berhubung penemuan lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an itu pada 25 Oktober.Menurutnya, pegawai penyiasat bersama anggota Bahagian Siasatan Jenayah, anggota Balai Polis Salak Selatan serta Pasukan Forensik Polis kemudian hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan siasatan awal."Hasil pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian."Lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Kuala Lumpur di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Rosdi berkata, punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan dan memerlukan pengesahan melalui proses bedah siasat."Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Cheras untuk tindakan lanjut."Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.
Lelaki ditemui meninggal dunia di hadapan gerai

Key takeaways
Seorang lelaki ditemui meninggal dunia di hadapan gerai makanan di Flat Sri Melaka, Kuala Lumpur.
- Lelaki itu ditemukan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
- Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi kejadian.
- Punca kematian masih dalam siasatan dan memerlukan bedah siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Bapa Nik Nazmi meninggal dunia
- Malaysiakini (BM) ULASAN | Malaysia di hadapan kecelaruan dunia baru
- Sinar Harian Lelaki ditemui meninggal dunia di hadapan gerai (this story)
- Berita Harian Lelaki maut depan gerai makanan








