Bertahun-tahun menggunakan sistem pengurusan pekerja asing, tetapi perjanjian berkaitan sistem itu pernah gagal dimuktamadkan sehingga tempoh dalam surat setuju terima tamat.

Apabila angka 200,000 pekerja Bangladesh pula menjadi perhatian, tidak hairanlah timbul persoalan tentang ketelusan dan keupayaan kerajaan mengurus pengambilan pekerja asing.

Rakyat berhak mendapat penjelasan yang jelas, bukan sekadar kenyataan yang menambah kekeliruan.

Pencari kerja tempatan mahu tahu sama ada peluang pekerjaan mereka akan terjejas, manakala majikan, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memerlukan kepastian tentang bekalan tenaga kerja untuk memastikan operasi berjalan lancar.