Noorizwan Zulkefly, 42, ditahan pada 19 Sept lalu sebelum dirujuk ke hospital untuk rawatan pada 30 Sept dan meninggal dunia selepas tengah malam keesokannya. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 42 tahun yang meninggal dunia dalam tahanan polis tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman, menurut Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Pengarah JIPS, Aida Abdul Hamid, berkata Noorizwan Zulkefly ditahan 19 Sept lalu berhubung siasatan kes memiliki dadah, kecurian dan pecah rumah.

Jelasnya, tahanan itu dirujuk ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM untuk mendapatkan rawatan pada 30 Sept lalu, namun Aida tidak mendedahkan punca lelaki terbabit dirujuk ke hospital.