Setiausaha Agung PN Takiyuddin Hassan mengeluarkan kenyataan mengandungi perkataan 'munafik' ketika perbahasan Belanjawan 2027 yang dibantah Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Takiyuddin Hassan tidak akan menarik balik perkataan "munafik" yang digunakannya dalam perbahasan di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu berkata, beliau telah menulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Johari Abdul, dengan harapan perkara berkenaan dapat diselesaikan melalui proses mediasi.

"Dalam mediasi, speaker boleh memanggil saya dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk berbincang serta cuba menyelesaikan perkara itu," katanya menurut Sinar Harian.