KOTA BHARU - "Saya tidak akan tarik balik. Sebaliknya, saya buat surat kepada Speaker mencadangkan supaya diadakan mediasi."Itu pendirian Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang enggan menarik balik perkataan 'munafik' yang diucapkannya dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, sebaliknya mencadangkan proses mediasi atau pengantaraan bersama Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.Beliau berkata, surat mencadangkan proses pengantaraan itu sudah dihantar dan diterima Johari.Kini beliau masih menunggu maklum balas sama ada cadangan berkenaan akan dipersetujui."Dalam mediasi, Speaker boleh memanggil saya dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk berbincang serta cuba menyelesaikan perkara itu," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas program Himpunan dan Munajat Penyatuan Ummah (Himpak) sempena Karnival Rakyat Kelantan 36 Tahun Membangun Bersama Islam (MBI) di Stadium Sultan Muhammad IV di sini pada malam Sabtu.Terdahulu media melaporkan pada 21 Oktober lalu, Johari mengarahkan Takiyuddin menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini.Takiyuddin memberitahu, sekiranya proses pengantaraan itu tidak diadakan, beliau tidak menolak kemungkinan perkara berkenaan dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Takiyuddin mahu mediasi dengan Speaker, enggan tarik balik perkataan 'munafik'

Key takeaways
Takiyuddin tidak akan menarik balik perkataan 'munafik' dan cadangkan mediasi dengan Speaker Dewan Rakyat.
- Takiyuddin enggan tarik balik perkataan 'munafik' dalam sidang Dewan Rakyat.
- Beliau hantar surat cadangkan mediasi kepada Speaker, Tan Sri Johari Abdul.
- Jika mediasi gagal, isu ini mungkin dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Utusan Malaysia , Harian Metro , Berita Harian , Free Malaysia Today
Story details
- Published
- By
- HAZELEN LIANA KAMARUDIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 6 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Speaker arah Takiyuddin tarik balik kenyataan ‘munafik’
- Malaysiakini (BM) Speaker arah Takiyuddin tarik balik tujukan 'munafik' pada Anwar
- Sinar Harian Takiyuddin mahu mediasi dengan Speaker, enggan tarik balik perkataan 'munafik' (this story)








