KUALA LUMPUR - Sebanyak 21 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Seremban, Negeri Sembilan dan Larkin, Johor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 169.Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan enam kawasan lain dengan bacaan IPU tidak sihat, iaitu Batu Pahat (163), Pasir Gudang dan Tangkak (162), Kluang (159), Pengerang (157) serta Segamat (155).Di Negeri Sembilan, selain Seremban, Nilai merekodkan bacaan IPU 167 dan Port Dickson (152), manakala di Melaka, bacaan tidak sihat direkodkan di Bandaraya Melaka (164), Bukit Rambai (162) dan Alor Gajah (157).Di Kuala Lumpur, Batu Muda mencatatkan bacaan IPU 162 dan Cheras (152), manakala Putrajaya merekodkan 151, sementara di Selangor, Petaling Jaya (124) dan Klang (113).Di Sarawak, stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian mencatatkan IPU 154, diikuti Sri Aman (152) dan Kapit (151).Sementara itu, sebanyak 41 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya. - Bernama
Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat

Key takeaways
21 kawasan di Malaysia mencatatkan IPU tidak sihat, dengan Seremban dan Larkin mempunyai bacaan tertinggi.
- Seremban dan Larkin mempunyai bacaan IPU tertinggi iaitu 169.
- Johor mempunyai enam kawasan dengan bacaan IPU tidak sihat.
- Negeri Sembilan dan Melaka juga mencatatkan bacaan IPU tidak sihat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Malaysiakini (BM) , Harian Metro , Malaysiakini (BM) , Harian Metro , Kosmo
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Malaysiakini (BM) 15 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Malaysiakini (BM) Jerebu: 34 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 9 pagi
- Sinar Harian Jerebu: 21 kawasan catat IPU tidak sihat (this story)








