PETALING JAYA – Sebanyak 22 kawasan di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan Bukit Rambai, Melaka merekodkan bacaan tertinggi iaitu 174 setakat pukul 9.30 pagi ini.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Nilai, Negeri Sembilan dan Bandaraya Melaka masing-masing mencatatkan bacaan IPU 161.

Selain itu, Cheras, Kuala Lumpur, Klang, Banting dan Johan Setia, Selangor masing-masing merekodkan bacaan 159.

Batu Muda, Kuala Lumpur, Putrajaya, Seremban, Negeri Sembilan serta Alor Gajah, Melaka pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 158.