PETALING JAYA – Selepas melalui pelbagai liku kehidupan, pelakon Nad Zainal meluahkan rasa syukur dikurniakan suami penyayang, Ungku Ismail yang sentiasa mengambil berat kebajikan dirinya serta anak-anak.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 36, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki berhati lembut dan bertanggungjawab termasuk menyediakan pembantu rumah.

“Alhamdulillah, suami sanggup menyediakan pembantu rumah kerana saya sakit. Dia juga membantu menguruskan pendaftaran anak untuk memasuki darjah satu serta memasang kamera litar tertutup (CCTV) kerana bimbang keselamatan kami ketika tidur di rumah selepas saya baru pulang dari hospital.

“Dia juga membantu Yem (anak sulung) belajar sehingga berjaya naik kelas. Memang dia nampak garang, tetapi sebenarnya berhati lembut. Malah, dia lebih banyak bercakap berbanding saya,