KOTA BHARU: Ahli Parlimen Kota Bharu, Datuk Seri Takiyuddin Hassan enggan menarik balik perkataan ‘munafik’ yang diucapkan semasa sidang Parlimen walaupun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengarahkan beliau menarik balik perkataan tersebut.

Beliau sebaliknya mencadangkan penyelesaian itu dibuat menerusi proses mediasi atau pengantaraan bagi meredakan pertikaian tersebut.

Katanya, surat mencadangkan mediasi sudah dihantar dan telah diterima oleh Johari dan masih menunggu maklum balas sama ada proses itu akan diadakan atau sebaliknya.

“Saya tidak akan tarik balik. Sebaliknya, saya buat surat kepada Speaker mencadangkan supaya diadakan mediasi. Dalam mediasi, Speaker boleh memanggil saya dan Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer untuk berbincang serta cuba menyelesaikan perkara itu.