KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini.Johari berkata, ketetapan itu berkuat kuasa sehingga esok.Katanya, beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua."Setelah saya membaca hansard, dan inilah keputusan saya. Walaupun kedua-dua (RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Takiyuddin) tiada dalam dewan hari ini, saya minta Kota Bharu tarik balik perkataan yang diungkapkan, saya beri tarikh hingga esok," katanya.Beliau berkata, Rayer boleh meneruskan usul sekiranya Takiyuddin gagal mematuhi arahan tersebut.Ketetapan itu dibuat susulan perdebatan antara Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang semasa membahaskan Belanjawan 2027 selepas Rayer bangun mengemukakan Peraturan Mesyuarat 36(4) yang melarang penggunaan bahasa kurang sopan susulan kenyataan Takiyuddin yang menggunakan perkataan "munafik" atau hipokrit ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.Pada sidang Isnin lepas, Johari mengingatkan Ahli Parlimen supaya berhati-hati dalam penggunaan perkataan ketika berbahas bagi mengelakkan kontroversi yang boleh menjejaskan kelancaran persidangan. - Bernama
[VIDEO] Takiyuddin diberi tempoh hingga esok tarik balik perkataan 'munafik' - Johari
Key points
- KUALA LUMPUR - Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul hari ini mengarahkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) menarik balik perkataan 'munafik' yang digunakannya ketika perbahasan sebelum ini.
- Katanya, beliau telah meneliti hansard sebelum memutuskan bahawa Takiyuddin perlu menarik balik perkataan berkenaan, sama ada di dalam Dewan Rakyat atau melalui penjelasan bertulis kepada Yang Dipertua.
- Walaupun kedua-dua (RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Takiyuddin) tiada dalam dewan hari ini, saya minta Kota Bharu tarik balik perkataan yang diungkapkan, saya beri tarikh hingga esok," katanya.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Guru rempuh pelajar hingga maut didakwa esok
- Sinar Harian [VIDEO] Takiyuddin diberi tempoh hingga esok tarik balik perkataan 'munafik' - Johari (this story)









