RSN Rayer mendakwa terjemahan hadis ke bahasa Melayu oleh Takiyuddin Hassan serta penggunaan perkataan ‘munafik’ ditujukan kepada Anwar Ibrahim dan belanjawan. (Gambar Bernama)KUALA LUMPUR: Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul mengarahkan Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) menarik balik kenyataannya yang mengandungi perkataan 'munafik' ketika berbahas di Dewan Rakyat awal minggu ini.

Johari berkata Takiyuddin perlu menarik balik kenyataan itu selewat-lewatnya esok, sama ada di Dewan Rakyat atau secara bertulis kepadanya.

Keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti Hansard perbahasan Isnin lalu.

“Jika tidak ditarik balik, Jelutong (RSN Rayer) boleh mengemukakan usul kepada saya,” katanya.