PETALING JAYA: Tiga pengarah syarikat berkait sektor aeroangkasa, PetraX5 didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memalsukan borang pindah milik saham, Mei lalu.
Bagaimanapun, tertuduh, Ahmad Suhaimi Abdul Halim, 44; Raja Shazreen Petra Raja Azman Shah, 32, dan Mohamad Haziq Aiman Shamsuddin, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Amira Sariaty Zainal.
Mengikut pertuduhan, mereka secara bersama didakwa memalsukan dokumen ‘share transfer form’ bertarikh 16 Februari 2026 di premis syarikat PetraX5 Sdn. Bhd., di sebuah unit kediaman di Jalan PJU 1A/42B, Ara Damansara, di sini pada 12 Mei lalu.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 465 kanun sama serta dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa.









