KEMAMAN – Seorang bekas guru sekali lagi dihadapkan atas pertuduhan merogol dan mencabul anak tiri perempuan yang kini berusia 27 tahun dalam dua kejadian berasingan pada dua dan tiga tahun lalu di dua mahkamah berbeza, di sini hari ini.

Tertuduh berusia 59 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Wan Suhaila Mohd. dan Majistret Marsha Abdul Malik.

Di Mahkamah Sesyen, tertuduh didakwa merogol anak perempuan tirinya yang ketika itu berusia 25 tahun di sebuah rumah kedai di Kemasik di sini pada pukul 2.20 petang, 20 Mei 2024 mengikut Seksyen 37