KOTA BHARU: Seorang bekas jurulatih kelab latihan taekwondo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas empat pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dan kontak fizikal bukan persetubuhan terhadap dua kanak-kanak perempuan yang merupakan pelatihnya.

Soufa Pinyousos, 42, membuat pengakuan itu selepas keempat-empat pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan kontak fizikal bukan persetubuhan dengan maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 13 tahun tiga bulan ketika kejadian.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh Soufa dituduh melakukan amang seksual fizikal dengan maksud seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa berusia 13 tahun tujuh bulan dan 14 tahun.