Kota Bharu: Bekas jurulatih taekwondo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat pertuduhan melakukan amang seksual dan kontak fizikal terhadap dua kanak-kanak perempuan pada 2017, 2025 dan Februari lalu.

Tertuduh, Soufa Pinyousos, 42, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa melakukan kontak fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan yang berusia 13 tahun tiga bulan ketika kejadian.

Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa berusia 13 tahun tujuh bulan dan 14 tahun.