TAIPING – Seramai 517 orang maut dalam kemalangan jalan raya di Perak sepanjang Januari hingga September tahun ini, meningkat enam kematian berbanding 511 orang dalam tempoh sama tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, jumlah kemalangan maut turut meningkat kepada 477 kes berbanding 465 kes, iaitu pertambahan 12 kes atau kira-kira tiga peratus.

Menurutnya, sebanyak 32,660 kemalangan direkodkan di negeri ini dalam tempoh tersebut berbanding 31,932 kes bagi tempoh sama tahun lalu, meningkat 728 kes atau kira-kira dua peratus.