SABAK BERNAM - Dakwaan pemandangan Genting Highlands, Pahang yang dikatakan boleh dilihat dari Sekinchan dan Tanjong Karang, Selangor, mencetuskan perbualan dalam kalangan pengguna media sosial.Perkara itu menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads, daffodilyla, mempersoalkan kesahihan pemandangan itu susulan kemunculan teknologi kecerdasan buatan (AI) semakin canggih."Ramai yang nampak Genting (Highlands) dari Sekinchan, Tanjong Karang real (benar) ke fake (palsu)? Ada trust issue (krisis kepercayaan) sejak ada AI," tulisnya menerusi hantaran itu.Hantaran itu mengundang reaksi pengguna lain yang mendakwa pemandangan itu sememangnya boleh dilihat dalam keadaan tertentu terutama ketika cuaca cerah selepas hujan.Seorang pengguna Threads, syzwntslim, berkata, pemandangan itu boleh dilihat dari kawasan Sawah Sempadan, Tanjong Karang terutama pada pagi selepas hujan pada malam sebelumnya."Kalau bercuti (di) sini (jika) malam itu hujan, esok pagi cepat-cepat keluar memang akan nampak Genting (Highlands)," katanya dalam ruangan komen.Seorang lagi pengguna, Atikahmissnon, turut mendakwa pemandangan itu bukan perkara baharu, malah lampu di kawasan Genting Highlands juga boleh dilihat pada waktu malam."Kalau malam, (memang) nampak lampu kat Genting itu menyala," ujarnya.Perkongsian itu mencetuskan rasa ingin tahu orang ramai mengenai kemungkinan melihat kawasan tanah tinggi itu dari kawasan sawah padi di pesisir utara Selangor.
Genting Highlands nampak dari Sekinchan?

Key takeaways
Pemandangan Genting Highlands dikatakan boleh dilihat dari Sekinchan dan Tanjong Karang semasa cuaca cerah.
- Pengguna media sosial menyatakan pemandangan Genting Highlands boleh dilihat dari Sekinchan dan Tanjong Karang.
- Pemandangan itu muncul terutama selepas hujan dan cuaca cerah.
- Lampu Genting Highlands juga boleh dilihat pada waktu malam.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MOHD IZZATUL IZUAN TAHIR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
2 stories on this topic from 2 sources, oldest first.
- Sinar Harian Genting Highlands nampak dari Sekinchan? (this story)







