ALOR SETAR - Pertandingan memancing di kolam berbayar boleh menjadi haram sekiranya yuran penyertaan peserta dikumpulkan untuk dijadikan hadiah kepada pemenang kerana mengandungi unsur perjudian.Berdasarkan fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah bertarikh 6 November 2023, pertandingan yang mengenakan bayaran kepada peserta sebelum wang berkenaan dikumpulkan dan diberikan kepada pemenang adalah mengandungi unsur perjudian atau maisir dan qimar.Menurut fatwa itu, perjudian merujuk kepada permainan yang menjadikan wang atau sesuatu yang bernilai sebagai taruhan, dengan peserta yang menang memperoleh ganjaran manakala mereka yang kalah kehilangan wang yang dipertaruhkan."Dalam konteks pertandingan memancing, sekiranya sesuatu pertandingan meletakkan syarat sejumlah bayaran atau yuran tertentu kepada pemain atau peserta lalu bayaran atau yuran tersebut dikumpul dan dijadikan sebagai hadiah kepada pemenang, maka bentuk pertandingan ini mengandungi unsur perjudian," menurut fatwa itu.Bagaimanapun, hukum asal sesuatu permainan adalah harus selagi tidak mengandungi unsur perjudian atau perkara lain yang dilarang syarak.Fatwa itu turut menjelaskan bahawa penganjur atau pengusaha kolam dibenarkan mengenakan yuran penyertaan pada kadar munasabah bagi menampung kos perkhidmatan dan pengurusan pertandingan.Antara kos yang dibenarkan termasuk sewaan tempat dan peralatan, penyediaan makanan serta minuman, tempat letak kenderaan, pembersihan kawasan dan bayaran utiliti berkaitan.Namun, kutipan yuran yang dijadikan keuntungan oleh pengusaha kolam atau penganjur melalui mekanisme berkenaan turut menjadi antara perkara yang ditegah."Maka bentuk pertandingan seumpama ini adalah haram kerana ia termasuk di bawah judi dan bertentangan dengan konsep pulangan iaitu hanya memberi manfaat kepada pemenang sahaja," ujarnya.Sebaliknya, pertandingan memancing yang menawarkan hadiah tajaan pihak ketiga adalah harus berdasarkan pandangan ulama yang membenarkan pemberian ganjaran daripada pihak selain peserta yang bertanding.Fatwa itu turut menegaskan bahawa pengusaha kolam memancing tidak seharusnya mengambil kesempatan mengaut keuntungan melalui penganjuran pertandingan, terutama apabila tarikan utama peserta bukan lagi aktiviti memancing, sebaliknya hadiah lumayan yang ditawarkan.Sehubungan itu, Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah menasihatkan semua pihak yang terbabit dalam penganjuran pertandingan memancing supaya memastikan aktiviti berkenaan mematuhi kehendak syariat serta undang-undang yang berkuat kuasa di negeri ini.Sebelum ini, tular di media sosial beberapa pertandingan memancing di Kedah kerana menawarkan hadiah lumayan lebih RM1 juta sehingga menarik ribuan pemancing dari seluruh negara untuk menyertainya.
Yuran peserta sebagai hadiah, pertandingan memancing boleh jadi haram - Jabatan Mufti Kedah

Key points
- ALOR SETAR - Pertandingan memancing di kolam berbayar boleh menjadi haram sekiranya yuran penyertaan peserta dikumpulkan untuk dijadikan hadiah kepada pemenang kerana mengandungi unsur perjudian.
- Berdasarkan fatwa Jabatan Mufti Negeri Kedah bertarikh 6 November 2023, pertandingan yang mengenakan bayaran kepada peserta sebelum wang berkenaan dikumpulkan dan diberikan kepada pemenang adalah mengandungi unsur perjudian atau maisir dan qimar.
- Menurut fatwa itu, perjudian merujuk kepada permainan yang menjadikan wang atau sesuatu yang bernilai sebagai taruhan, dengan peserta yang menang memperoleh ganjaran manakala mereka yang kalah kehilangan wang yang dipertaruhkan.
Sentences selected automatically from the original article by Sinar Harian.
Also reported by Berita Harian
Story details
- Published
- By
- WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
4 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Anggap aduan sebagai hadiah
- Sinar Harian Yuran peserta sebagai hadiah, pertandingan memancing boleh jadi haram - Jabatan Mufti Kedah (this story)









