Tanggapan negatif terhadap aduan sering kali mendorong sesetengah pihak mengambil jalan mudah, dengan terus memindahkan pentadbir atau guru ke sekolah lain sebaik sahaja aduan diterima.

Tindakan ‘lepas tangan’ sebegini bukan sahaja tidak menyelesaikan akar umbi masalah, malah merencatkan ekosistem kepimpinan sekolah dan meruntuhkan motivasi warga kerja berdasarkan satu kesilapan. Untuk menguatkan organisasi kita perlu mengubah tindakan dengan melihat setiap aduan bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai sebuah “hadiah”.

Setiap aduan perlu diteliti dan disemak secara menyeluruh bagi memahami punca, konteks serta kesahihan perkara yang dibangkitkan.

Pendekatan ini memastikan tindakan yang diambil benar-benar berasaskan fakta.