MANCHESTER: Erling Haaland berpotensi melakar sejarah baharu dalam saingan Juara-Juara Eropah (UCL) ketika Manchester City melayan kunjungan juara bertahan, Paris Saint-Germain (PSG), di Stadium Etihad, esok.

Jika menjaringkan sekurang-kurangnya satu gol menentang PSG, Haaland akan memintas bekas penyerang City, Sergio Aguero yang mengumpul 36 gol untuk muncul penjaring terbanyak kelab itu dalam sejarah UCL.

Selain itu, Haaland juga berpeluang memecahkan rekod jaringan terbanyak oleh pemain dalam 60 penampilan pertama di UCL jika berjaya membolosi gawang PSG.

Rekod semasa dipegang bekas penyerang Manchester United dan Real Madrid, Ruud van Nistelrooy, yang meledak 48 gol dalam 60 perlawanan pertamanya dalam kejohanan itu.