RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman menolak hasrat Israel untuk menyertai kempen ketenteraan terhadap kumpulan Houthi di Yaman.

Lapor akhbar Israel, Haaretz, hasrat itu ditolak meskipun usaha dilakukan untuk mendapatkan persetujuan Riyadh menerusi pengantaraan Amerika Syarikat (AS).

Akhbar itu yang memetik sumber diplomatik tanpa mendedahkan identitinya melaporkan, Putera Mohammed Salman tidak berminat me­nerima bantuan ketenteraan Israel kerana bimbang kerjasama itu akan mencetuskan reaksi negatif dalam kalangan rakyat Arab Saudi.

Satu lagi sumber yang menge­tahui perkara itu berkata, Israel berharap kerjasama ketenteraan dengan Arab Saudi dapat me­ngukuhkan hubungan dua hala dan membuka jalan kepada perjanjian normalisasi hubungan pada masa depan.