ALOR SETAR: Jabatan Mufti Negeri Kedah menjelaskan, pertandingan memancing di kolam berbayar boleh menjadi haram jika yuran penyertaan peserta dikumpul untuk dijadikan hadiah kepada pemenang.
Berdasarkan fatwa dikeluarkan pada 6 November 2023 itu, pertandingan memancing yang mengenakan bayaran kepada peserta sebelum wang berkenaan dikumpul untuk diberi kepada pemenang, mengandungi unsur perjudian.
Menurut fatwa itu, perjudian atau maisir dan qimar merujuk kepada permainan yang menjadikan wang atau sesuatu yang bernilai sebagai taruhan dengan peserta menang memperoleh ganjaran, manakala mereka yang kalah kehilangan wang dipertaruhkan.
"Dalam konteks pertandingan memancing, jika sesuatu pertandingan meletakkan syarat sejumlah bayaran atau yuran kepada pemain atau peserta dan dikumpul sebagai hadiah kepada pemenang, maka pertandingan ini mengandungi unsur perjudian.









