Beijing: Bintang bola sepak Perancis, Kylian Mbappe berdepan tamparan hebat apabila dua syarikat utama China menamatkan kerjasama penajaan dengannya susulan kontroversi video yang didakwa mempersendakan bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong.

Syarikat minuman Dongpeng dan pengeluar produk tenusu terbesar China, Mengniu, mengumumkan keputusan berkenaan pada Selasa selepas video membabitkan penyerang Real Madrid itu tersebar di media sosial.

Dongpeng menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang perlakuan yang dianggap menghina sentimen kebangsaan China.

"Syarikat kami menentang keras dan mengamalkan dasar sifar toleransi terhadap sebarang perlakuan yang menyinggung perasaan rakyat China.