Kuala Lumpur: Pelakon Trisha Ooi masih mempunyai keinginan untuk bertarung selepas meraih kemenangan dalam kejohanan tinju, All Star Championship: Dubai Edition di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Mei lalu.

Trisha atau nama sebenar Reyshqa Aqiera Mohd Nasron Ooi, 27, berkata dia baru sahaja ditawarkan untuk bertanding di bawah All Stars Championship yang berlangsung, baru-baru ini.

"Baru saja beberapa hari lepas, tapi disebabkan saya tengah 'shooting' dan tak sempat untuk buat persediaan, jadi saya tak dapat sertai.

"Kali ini pertandingan berlangsung di Malaysia. Masa saya bertanding dulu di Dubai, bila buat di Malaysia, mereka nak jemput saya tapi keadaan tak sesuai pula.