KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki mengaku salah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas empat tuduhan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan, antara 2023 hingga tahun lalu.

Tertuduh yang berusia 20 tahun itu membuat pengakuan berkenaan selepas kesemua tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut tuduhan pertama dan kedua, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal ke atas mangsa yang ketika itu berusia 12 tahun di sebuah rumah di Kampung Sura Tengah, Dungun, kira-kira jam 2 pagi, pada Mac dan Jun 2023.

Bagi tuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan perbuatan sama ke atas mangsa ketika itu berusia 13 tahun, di rumah sama, kira-kira jam 8 pagi pada Jun 2024.