KOTA TINGGI: Lelaki disyaki terbabit menetak seorang peneroka FELDA sehingga maut di FELDA Lok Heng Selatan, di sini semalam, dipercayai mempunyai masalah mental.
Kakak kepada suspek yang hanya mahu dikenali sebagai As, 54, ketika ditemui di kawasan rancangan tanah berkenaan, berkata kali terakhir adiknya itu mendapatkan rawatan mental dan mengambil ubat adalah lapan tahun lalu.
"Adik ada masalah halusinasi dan pernah minta untuk dihantar ke sekolah tahfiz sebelum kita rujuk ke Hospital Permai, Tampoi. Bagaimanapun, pihak hospital mendapati halusinasi dan masalah mental dihadapi adik berpunca kesan salah guna bahan terlarang, sebelum dia dibenarkan pulang ke rumah," katanya.
Menurut As, pihak hospital pernah membekalkan ubat penenang, namun adiknya hanya mengambil ubat itu selama dua bulan sebelum berhenti.









