KHARTOUM: Serangan dron ke atas pasar di Nyala, ibu kota de facto pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) di wilayah Darfur Barat, Sudan, mengorbankan 21 orang dan mencederakan sekurang-kurangnya 40 yang lain, menurut sumber perubatan dan saksi kepada AFP, hari ini.

Penduduk Nyala berkata, pasar di utara bandar itu diserang dron kira-kira jam 8 malam Isnin (waktu tempatan).

Seorang lagi penduduk berkata, pasar berkenaan sering dikunjungi golongan lelaki muda, khususnya anggota RSF.

"Seramai 21 orang terbunuh dalam serangan malam tadi, manakala lebih 40 lagi cedera," kata petugas perubatan di Hospital Nyala, yang bagaimanapun tidak dapat mengenal pasti jumlah anggota RSF yang terkorban atau cedera.