Georgetown: Penduduk Taman Seri Rambai, Paya Terubong, di sini, gesa pihak berkaitan meneliti semula keadaan cerun di kawasan itu bagi memastikan keselamatan susulan tanah runtuh mengorbankan seorang doktor, kelmarin.

Penduduk, Teh Kian Hui, 34, berkata, air berlumpur berwarna seperti 'teh tarik' dari kawasan runtuhan masih mengalir di hadapan rumahnya, sekali gus menimbulkan kebimbangan kejadian sama berulang.

Menurutnya, keluarganya tidak lena tidur sejak kejadian itu kerana bimbang berlaku runtuhan lebih buruk terutama memandangkan rumahnya hanya terletak kira-kira 30 meter dari lokasi kejadian.

"Saya kini tinggal bersama isteri, ibu dan mak cik yang sudah tua, jadi bimbang juga hendak tinggalkan rumah.