HULU TERENGGANU – Seorang peniaga maut selepas kereta Proton Wira dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan pikap Toyota Hilux di Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu-Bukit Besi berhampiran Kampung Bukit Diman di sini, hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa, Nik Muhammad Haiqal Nik Mohd. Kamrulzaman, 22, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian dada, tangan dan kaki.

Pemandu Toyota Hilux, Muhammad Amin Saad, 30, pula patah jari tangan kiri selain luka pada beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintenden Sharudin Abdul Wahab berkata, sewaktu kej