KANGAR: Lima anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) tercampak selepas bot peronda dinaiki ketika mengejar bot yang disyaki membawa pendatang asing tanpa izin (PATI) merempuh bongkah konkrit tinggalan jeti lama.
Kejadian berlaku di perairan Sungai Padang kira-kira jam 11.30 malam itu menyebabkan Laskar Kanan Maritim (Teknikal), Mohd Roshaimi Mohd Ridzuan, 41, maut selepas dipercayai terhantuk pada bongkah konkrit berkenaan.
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata kejadian turut menyebabkan tiga lagi anggota cedera termasuk seorang patah tangan kanan.
"Secara fizikalnya, kita nampak dia (Mohd Roshaimi) mengalami kecederaan pada kepala. Kemungkinan besar ketika tercampak, kepalanya terkena pada bongkah konkrit.









