KANGAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memandang serius kejadian yang mengakibatkan seorang anggota maut ketika operasi pemantauan dan kawalan sempadan di perairan Kuala Sungai Padang.
Maritim Malaysia yang mengesahkan kejadian yang mengakibatkan seorang anggota meninggal dunia manakala tiga lagi mengalami kecederaan itu memaklumkan sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung kes berkenaan.
Ia bagi memastikan segala fakta berkaitan insiden dapat disahkan sebelum sebarang penjelasan lanjut diberikan kepada umum.
“Sehubungan itu, satu sidang media rasmi akan diadakan pada pukul 3 petang ini di Ibu Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis, bagi memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian,” katanya.









