Alor Setar: Pesawah di negeri ini mendakwa hasil padi bagi musim ini merosot berikutan masalah bekalan air dan kelewatan agihan baja.
Keadaan itu menyebabkan pesawah terpaksa menanggung kerugian akibat kos pengeluaran yang semakin meningkat.
Pesawah Kampung Tanjung Kapur, Jitra, Muhammad Khairul Ikhwan Darus, 25, berkata, hasil tuaian bagi sawah seluas 12 relung (empat hektar) yang diusahakannya merosot kepada antara satu hingga 1.3 tan bagi setiap relung, berbanding lebih dua tan musim sebelum ini.
Katanya, masalah bekalan air dari empangan yang tidak dapat disalurkan ke sawah ketika musim panas menyebabkan tanaman padi terjejas.









