Tokyo: Seorang wanita warga emas berusia 93 tahun di barat Jepun berjaya memperdaya seorang lelaki yang disyaki penipu dengan berpura-pura mempercayai helahnya.
Tindakan itu berjaya membantu polis menahan suspek di kediamannya, menurut seorang pegawai kepada AFP pada Isnin.
Jepun mempunyai populasi kedua tertua di dunia selepas Monaco manakala warga emas sering menjadi sasaran penipuan yang mengakibatkan kerugian keseluruhan kira-kira 325.7 bilion yen (kira-kira RM8.5 bilion) tahun lalu.
Wanita yang menetap di wilayah Shiga itu menerima beberapa panggilan telefon dari Rabu hingga Khamis minggu lalu daripada seorang lelaki yang menyamar sebagai pegawai polis.









