Alor Gajah: Tiada syarikat perladangan Malaysia terbabit aktiviti pembakaran hutan di Indonesia, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.
Beliau berkata, pemantauan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) mendapati kebakaran yang dikesan tidak bermula di ladang milik syarikat Malaysia, sebaliknya ia merebak dari kawasan lain.
Beliau berkata, syarikat perladangan tertakluk kepada piawaian kelestarian yang melarang pembakaran terbuka, termasuk Meja Bulat Minyak Sawit Mampan (RSPO) dan Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).
"Berdasarkan laporan yang kita terima, tidak ada (pembakaran terbuka). Kita mempunyai pemantauan dan syarikat juga tertakluk kepada RSPO.








