Kuala Lumpur: Sebanyak RM14.3 juta berjaya diselamatkan dan dipulangkan kepada mangsa penipuan dalam talian bagi tempoh 12 Oktober 2022 hingga September lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, jumlah itu hasil tindakan pantas pihak berkuasa menyekat transaksi menerusi akaun disyaki terbabit kegiatan penipuan, berdasarkan laporan mangsa.
"Mangsa yang ditipu membuat aduan kepada pusat berkaitan, kita terus menyekat transaksi akaun, supaya (duit) tidak hilang. Jadi dalam tempoh yang dikatakan tadi, sebanyak RM14.3 juta berjaya diselamatkan.
"Adakah kita berpuas hati? Tidak, kerana kerugian bagi penipuan dalam talian ini besar," katanya ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2027 Peringkat Dasar di Dewan Rakyat, hari ini.









