Kuala Lumpur: Institusi perbankan di Malaysia perlu mempercepat penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan meningkatkan keupayaan digital bagi memenuhi jangkaan pelanggan yang semakin berkembang, khususnya dalam menyediakan perkhidmatan kewangan lebih pantas, mudah dan diperibadikan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Twimbit, Manoj Menon berkata, walaupun pengalaman perkhidmatan perbankan Malaysia menunjukkan prestasi memberangsangkan, keupayaan digital institusi kewangan negara masih perlu dipertingkatkan, terutama dari segi penggunaan AI yang berhadapan secara langsung dengan pelanggan.

Katanya, perkembangan industri perbankan dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang juga dijangka dipacu kecerdasan digital, penggunaan AI dan penyepaduan perkhidmatan kewangan dengan ekosistem gaya hidup pengguna.