Johor Bahru: "Saya terkejut bila dapat tahu (ayah ditetak), tak tahu apa punca, kami serah pada polis untuk siasat," kata anak sulung peneroka FELDA yang maut di FELDA Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, semalam.
Lelaki berusia 40 tahun yang enggan dikenali itu berkata, dia yang tinggal di Pengerang, Kota Tinggi, bergegas pulang ke kampung selepas dimaklumkan kejadian itu oleh rakan-rakannya.
Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian pada 9 malam, bapanya sudah meninggal dunia.
"Masa kawan telefon, saya cuma dapat tahu ada orang mengamuk dan ayah jadi mangsa. Saya tak pasti apa yang berlaku sebenarnya.








