Kuala Lumpur : Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menzahirkan penghargaan kepada orang ramai yang menghadiri Kenduri Rakyat di Muar, Johor pada Ahad lalu.

Syed Saddiq, 34 turut memohon maaf atas sebarang kekurangan sepanjang majlis berkenaan berlangsung selepas jumlah kehadiran pengunjung luar biasa sehingga mengatasi jangkaan awal pihaknya.

"Mohon maaf atas segala kekurangan. Kami terlepas pandang menganggarkan jumlah pengunjung.

"Kami menjangkakan kehadiran 10,000 tetamu, malah telah menyediakan makanan untuk 16,000 orang sebagai langkah berjaga-jaga. Namun begitu, ia tetap tidak mencukupi," katanya menerusi hantarannya di Instagram Story.