Tanah Merah: Penduduk Rohingya yang mengusahakan lebih dua hektar ladang sirih di Kampung Bechah Laut, di sini, sejak tiga tahun lalu kini mampu memiliki pelbagai jenis kenderaan termasuk lori.
Selain lori, mereka juga dikatakan mempunyai van, kereta serta beberapa buah motosikal.
Penduduk mendakwa, kehidupan Rohingya berkenaan jauh berubah berbanding ketika mula masuk ke kampung berkenaan 20 tahun lalu, di mana hanya berjalan kaki dan menumpang kenderaan penduduk kampung, namun kini sudah menjadi kaya raya.
Penduduk turut mendakwa, pembelian kenderaan itu dipercayai menggunakan nama penduduk tempatan selain penduduk tempatan juga menjadi pemandu kepada kenderaan berat Rohingya.








