Kangar: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang mendapatkan maklumat lengkap berhubung insiden kemalangan ketika operasi di perairan Kuala Sungai Padang, awal pagi tadi, yang meragut nyawa seorang anggotanya manakala tiga lagi cedera.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa, berkata pihaknya memandang serius kejadian itu dan sedang memastikan semua fakta disahkan sebelum penjelasan lanjut diberikan kepada umum.
Beliau turut mengesahkan insiden berkenaan membabitkan empat anggota dari Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis yang sedang melaksanakan tugas operasi pemantauan dan kawalan sempadan di kawasan perairan terbabit.
"Sehubungan itu, satu sidang media rasmi akan diadakan pada jam 3 petang ini di Ibu Pejabat Zon Maritim Kuala Perlis bagi memberikan maklumat lanjut berhubung kejadian terbabit.






