KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan penalti monetari pentadbiran berjumlah keseluruhan RM552,000 terhadap AmBank (M) Bhd dan AmBank Islamic Bhd berikutan kegagalan kedua-dua institusi kewangan itu mengemukakan laporan nilai ambang tunai (CTR) kepada bank pusat dengan kadar segera.
Dalam satu kenyataan, BNM berkata, penalti berjumlah RM276,000 dikenakan masing-masing terhadap AmBank dan AmBank Islamic pada 10 September 2026 berikutan ketidakpatuhan terhadap keperluan pelaporan transaksi tunai.
Katanya, ketidakpatuhan itu dikenal pasti menerusi semakan yang dilakukan Kumpulan AmBank terhadap rekod transaksi dan pelaporan kawal selianya, yang mendapati kegagalan mengemukakan CTR kepada BNM bagi berbilang transaksi.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fsaifuddin12_384255.png&w=480&output=webp&q=85&we)
