KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) memohon kebenaran Mahkamah Tinggi di sini untuk memulakan prosiding komital terhadap Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) berhubung tindakan membatalkan pendaftaran gabungan itu ketika permohonan semakan kehakiman masih berjalan.
PN mendakwa tindakan itu sebagai satu bentuk penghinaan mahkamah kerana dibuat sebelum permohonan penangguhan didengar.
Permohonan itu difailkan Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan bersama empat pemimpin parti lain, dengan menamakan Pendaftar Pertubuhan, Datuk Mohd Zulfikar Ahmad.
Peguam PN, Rafique Rashid Ali mengesahkan permohonan itu difailkan semalam dan pengurusan kes dijadualkan berlangsung secara dalam kamar pada 12 November ini.








