KUALA LUMPUR: Aktiviti belian pada akhir dagangan terhadap saham wajaran tinggi terpilih terutama saham utiliti, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu, seiring dengan pasaran serantau.
Pada jam 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.02 mata atau 0.13 peratus kepada 1,613.87 berbanding 1,611.85 semasa ditutup pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 2.64 mata kepada 1,614.49 dan bergerak antara 1,609.44 hingga 1,615.87 sepanjang sesi dagangan.
Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 658 berbanding 418 manakala 524 kaunter tidak berubah, 1,267 kaunter tidak diniagakan dan 104 yang lain digantung.








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)