Kuala Lumpur: MCA akur dengan dua kerusi diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira jaminan mengenai penyertaan parti itu mewakili masyarakat Cina di Melaka tidak akan dipinggirkan.
Beliau berkata, jaminan itu dicapai menerusi perbincangan antara parti komponen BN yang menunjukkan perkembangan positif.
Katanya, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut memberikan maklum balas positif terhadap isu yang dibangkitkan MCA dan akan menterjemahkannya menerusi beberapa tindakan bersama.








%2Ffile%2F1044%2F85e506ba86855c10f2cd1f55c34f250b.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)