KUALA LUMPUR: MCA akur dengan dua kerusi diperuntukkan Barisan Nasional (BN) kepada parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata ketetapan itu dibuat selepas mengambil kira jaminan mengenai penyertaan parti itu mewakili masyarakat Cina di Melaka tidak akan dipinggirkan.

Beliau berkata, jaminan itu dicapai menerusi perbincangan antara parti komponen BN yang menghasilkan perkembangan positif.

Beliau berkata, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi juga memberi maklum balas positif berhubung isu dibangkitkan MCA dan akan diterjemahkan menerusi beberapa tindakan bersama.